Jumaat, 5 November 2010

Hairankah..?


Aku hairan adakah kita lupa hakikat diri sebagai hamba?
apakah kita lupa kebenaran hakiki bahwa kita adalah pendosa?
lalu mana pintu taubat dan nikmat yang perlu kita cari?

Aku hairan bukankah kita bersaksi kita bersaudara pada panji tauhid
tapi di mana mereka bila saudaranya disembelih?
bila umat seiman dengannya dibunuh dan diseksa?

Aku hairan apakah hilang rasional kita?
bergaduh tentang pangkat jawatan dan pilihanraya
sedang umat ini masih lagi hanyut dan sesat
dan anak muda gembira dan menari riang dengan syaitan

Aku hairan kubur mereka sudah dekat menanti
harta bertimbun tidak lupa dicari
tidak pula mengambil kisah tatkala mencuri merompak harta rakyat sendiri

Aku hairan ada mereka kata pejuang Islam sejati
tapi umat seiman dengan mereka kafir digelari
berjalan bangga kononnya menteri

Aku hairan anak muda dengan hidup mereka sendiri
berpimpin tangan,berpeluk dan bersenda menari
tarian dengan lenggok sendiri
adakah lupa pada ketinggian harga diri?

Aku hairan Islam dianggap asing pada umatnya sendiri
lalu mereka kata inilah yang hakiki
itulah yang benar dan kamulah yang salah
tidakkah sedar kita ini pendakwah
bukan hakim menjatuhkan silap dan salah

Aku hairan bilamana kata-kata yang benar dibuang jauh
pembawa kebenaran dianggap asing dan kebathilan dipegang teguh
adakah ini umat masa kini?

Aku hairan ada yang berkopiah dan berserban pula,
yang berkot dan bertali leher juga
lambang cendiakawan moden bijak berkata
maka kenapa hukum Allah ditolak tepi semudahnya?

Aku hairan pada
umat ini
alam ini
dan
diriku sendiri...

0 komen:

Catat Ulasan