Khamis, 4 November 2010

kaLaU,kAlAu DaN kALaU

                                                        
                                                
kalaulah Allah melihatkan amalan kita.Berapa banyak dosa,berapa banyak pahala???
kalaulah dosa itu macam batu...berapa berat perlu kita angkat???
kalaulah pahala itu bagaikan duit...berapa banyak boleh simpan dalam akaun???
kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa,dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri...
adakah kita akan berkawan dengan mereka?atau takut dan memusuhi mereka?atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan...(tetap sama seperti biasa kita buat)

kalaulah,Muhammad hidup bersama kita.adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi,malu berbuat dosa depan mata banyaknya bertimbun-timbun,malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat,malu sebab tinggalkan risalah baginda,malu bergaduh sesama islam padahal kita dah tahu kita bersaudara.hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

padahal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!!padahal dah tahu peganagn kita sama!!!padahal dah tahu pangkat da jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!!

kalaulah kita nampak syurga dan neraka...tempat dan rupanya bagaimana?apa ada dalam syurga?apa isi dalam neraka?dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq,kufur,islam atau beriman...masihkah aku dan kau lari dalam tanggungan amalan...masihkah kita berdalih dan beralasan???

kalaulah Allah menampakkan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia?agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia?

Berkalau-kalau itu amalan syaitan...tapi 'kalau' yang aku tulis ini adalah untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.....

0 komen:

Catat Ulasan