Isnin, 29 Ogos 2011

" Dunia Ibarat Pentas Lakonan..
Dunia ini ibarat pentas lakonan...
Manusia itulah pelakon dan pengarahnya...
Islam itu jalan ceritanya...
Al-Quran dan Sunnah adalah skripnya...
Malaikat itu jurugambar nya..
Hari Kiamat adalah penamat jalan cerita...
Padang Mahsyar adalah tempat penganugerahnya...
Rasul adalah pelakon terbaik...
Allah swt adalah jurinya...
Dan syurga atau neraka adalah trofinya..."
Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak). .

(Surah An-Nisaa :174)

Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum w.b.t
Bersempena dengan 1 Syawal yang bakal menjelang,
Di sini kami ingin menyusun 20 jari (10+10)
memohon kemaafan atas salah & silap selama ini..
Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Lebaran kepada seluruh umat Islam..
Sekian sahaja buat kali ini..
Wassalam...

Ahad, 14 Ogos 2011

Catatan Hati

Assalamualaikum...
Salam ke-14 Ramadhan diucapkan..
Ana cuma ingin berkongsi sedikit, mengenai ReMaJA pada hari ini..
Kenapa ramai golongan muda pda hari ini tidak seperti remaja-remaja seperti zaman dahulu..?
Tidak seperti zaman Rasulullah S.A.W...
Agama pada hari ini mula menjadi 'ASING' dalam diri mereka..
Ilmu yang sepatutnya diamalkan, dikhianati..Malah, nafsu juga dituruti..
Mungkin inilah salah satu tanda  bahawa Kiamat itu sudah hampir...
Siapa yang seharusnya dipertanggungjawabkan..?
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan masing-masing..
Memberi tarbiyah yang secukupnya buat anak-anak mereka...
Akhirul kalam, ingin ana memohon maaf skiranya t'kasar bahasa..
Wassalam..