Khamis, 4 November 2010

RiSaLaH vS cInTa?


'Sayang'?
Saya terkejut apabila membaca beberapa mesej daripada handphone rakan saya itu.dan kelihatan muka si rakan itu merah padam.Mungkin kerana tidak menemui ap yang dikehendaki daripada handphone saya.

Hal ini berlaku apabila dia meminta untuk 'melihat-lihat' handphone saya dan saya pun mengenakan syarat untuk 'melihat-lihat' juga handphone kepunyaannya.Dan inilah yang terjadi.

Rakan saya itu merupakan ketua Badan Nuqaba' di universiti.Sangat berpengaruh dan gemar memberi tazkirah.Tetapi rupanya hanyut juga dengan mainan nafsu.

"Ah,ana bercinta secara islamik."
"Islamik sangatkah kalau sampai ada 'sayang-sayang'?
Islamikkah kalau naikkan nafsu?Dan itukah yang Islam benarkan untuk telefon berjam-jam dan bermesej 'sayang-sayang'?"Soal saya kembali.Dan dia diam membisu.

Entahlah.Saya sendiri tidak dapat memikirkan mana yang betul-betul baik dan mana yang salah.Sebetulnya ini bukan kes pertama yang saya temui.Dulu saya pernah ditegur kerana bercinta dengan seorang orang kuat dalam Badan Nuqaba'.

Tetapi pada suatau hari saya terlihat pula orang yang menegur saya itu keluar berdua-duaan dengan perempuan.yang pasti bukan adik atau saudaranya kerana saya kenal juaga dengan dia.

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya erbuat kebaikan sedang kamu lupa akan dirimu sendiri;padahal kamu semua membaca Kitab Allah,tidakkah kamu berakal?"(Al-Baqarah:44)

0 komen:

Catat Ulasan