Selasa, 29 November 2011

‎10 Hak Yang Perlu Dijaga

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. 
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada. 


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa,bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,bersyukur keatas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

bertahhajud menyerikan wajah.bersyukur menbajai barakah, bermuhasabah mencetuskan hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai mahabbah

Selasa, 22 November 2011

Bismillahirrahmanirrahiim ...

" Jika ALLAH mengkehendaki kebaikan pada diri seseorang, maka DIA akan membuka mata hatinya, lalu ia akan mengetahui kekurangan-kekurangan dirinya, jika telah sedar akan semua kekurangannya, maka ia akan bermaksud untuk memperbaikikannya... namun kebanyakan antara manusia lebih mengetahui kekurangan orang lain daripada dirinya sendiri."
( IMAM AL GHAZALI )

Isnin, 21 November 2011

Memohon Kehidupan Baik yang Berpanjangan


Ya Allah, dengan ilmu Engkau akan alam ghaib dan kekuasaan Engkau ke atas makhluk, Hidupkanlah aku ini selama kehidupan itu lebih baik bagiku, dan matikanlah aku bila kematian itu lebih baik bagiku.

Aku memohon kepada Engkau akan perasaan takut kepadaMU dalam perkara ghaib dan kesaksian. Aku memohon kepadaMu, tetap ada kebaikan didalam kefakiran maupun ke...kayaan.

Aku memohon kepadaMu, kenikmatan yang berpanjangan. Aku memohon kepadaMu, kebahagiaan hati yang tidak akan terputus. Aku memohon kepadaMu redha setelah adanya takdir.

Aku memohon kepadaMu keselesaaan hidup setelah kematian. Aku mohon kepadaMu kenikmatan dalam melihat kehadiranMu dan rindu akan pertemuan denganMu tanpa kesulitan yang menyulitkan, dan tidak ada halangan yang menyesatkan.

Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman, dan jadikanlah kami pemberi pentunjuk yang menunjukkan kebenaran.

Aamin, ya Rabbal aalamin…

~ Berkata Ibnu Jauzi:

Di manakah kamu sekalian di dunia ini? Sedangkan jalan menuju Allah terlalu jauh, Adam telah mengharungi pelbagai penat lelah, kerananya juga Nuh kepenatan, Ibrahim khalilullah dicampak ke dalam api, Ismail ditidurkan untuk disembelih, Yusuf dijual dengan harga yang murah dan meringkuk di dalam penjara beberapa tahun, Zakaria telah dibelah kepalanya dengan gergaji, Yahya disembelih, Ayub menghadapi penyakit yeng memeritkan, Isa terpksa berjalan bersama generasi yang ganas dan Muhammad s.a.w menghadapa pelbagai bentuk penentangan...

...sedangkan kamu membuang masa dan bermain-main.. ~

‎5 PERKARA ELOK DISEBUT


• Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

• Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.

Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

• Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal
kehidupan.

Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

• Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga.

Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

• Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin... ^^,

 Agama Islam tidak akan lapuk dek hujan, tidak akan lekang dek panas, akan sesuai sepanjang zaman, kehebatannya tidak terbatas. Mari amalkan Islam dalam kehidupan sekarang mahupun yang akan datang.

Ahad, 20 November 2011

Sahabat

"Setiap orang yang berkawan denganmu bukan kerana ALLAH,
maka jangan kau teruskan jalinan persahabatanmu dengannya.

Sebaik-baik teman ialah yang berteman denganmu kerana ALLAH, ia akan tulus mewajahkan persahabatan dan jernih menyikapimu."

[Ali ibnu Daud ar-Riqqi]

WanitaSolehah

Wanita dunia ketika memasuki syurga akan mampu mengalahkn kejelitaan para bidadari syurga.

Siapakah wanita dunia itu?
mereka adalah wanita solehah!!

Aisyah R.a brkata:

wanita2 solehah akan berkata kpd bidadari syurga...

"kami melakukan solat,sedangkan kamu tidak...
kami berpuasa,sedangkan kamu tidak..
kami bersedekah sedangkn kamu tidak..
kami wanita solehah didunia mengalahkan bidadari syurga"

:: inilah yg menyebabkan bidadari pun cemburu....

Manfaat Masa Cuti


Lama kita cuti,ya?Agaknya apa yg kita boleh buat?Tapi, dah diberi cuti panjang begini,memang lepaklah jawabnya. Itulah biasa yang kedengaranapabila musim cuti panjang tiba drp para pelajar. . .manfaatkanlah waktu yang Allah kurniakan sebaik-baiknya..kerana nikmat itulah yang bakal ditanya di YaumulAkhir..Wassalam..^^