Khamis, 27 Disember 2012

Qasidah Ya Thayba Darul Quran Wal Hadith dan Ya Badraatim

Assalamualaikum,,hehe

jom kite dengar


Qasidah Ya Thayba Darul Quran Wal Hadith dan Ya Badraatim


Best tau,,^_____________________^!!! Ana dapat dari sahabat,,



Selamat mendengar,saudaraku!!

p/s: Uhibbukumfillahh!!! >______< *senyum sokmo

Detik-Detik pemergian Rasulullah SAW

Bismillahirrahmanirrahim,,

lihatlah video ini,, hukhuk~betapa kasihnya Rasulullah kepada kite,,


Ahad, 9 Disember 2012

Bismillahirrahmanirrahim.
Sedikit do'a ringkas yang ingin saya kongsi.
Doa ini, mungkin sudah menjadi KEBIASAAN,
ataupun KEMESTIAN bagi sesetengah insan untuk melafazkannaya...
doanya begini :

"Ya Allah! Bantulah aku untuk (sentiasa) mengingati-Mu,
untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk memperelokkan ibadah-ibadahku kepada-Mu.''

Amalkanlah doa ini agar diri kita senantiasa menjadi hamba Allah yang ISTIQAMAH dalam mentaati-Nya,
insyaAllah.. >_<
DIAM!!!
satu perkataan yang cukup ringkas!
terkadang, diri ini cuba untuk 'diam', 
tanpa mengeluarkan walau sepatah kalam.
ternyata, kehidupan terasa ringan.
pada hakikatnya kalau kita lihat,
manusia senantiasa berkata-kata,
dalam erti kata lainnya berbicara..
apakah kalam yang dilontarkan semuanya punya manfaat??
ayuh, jadi manusia yang pen'diam',
insan yang berbicara hanya pada perkara yang perlu..
kerana kalau kita perhatikan,insan yang menjaga tutur kata dan seringkali diam,
mereka kelihatan lebih terampil dan punya bicara yang cukup ampuh sewaktu berkalam..!

Sabtu, 25 Ogos 2012

Laa ilaaha illAllah






Bismillaahirrahmanirrahim
Rasulullah pernah bersabda:

Dalam sabdanya yang lain ,beliau mengatakan ,


'' Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai saudaranya sebagai mana dia mencintai dirinya sendiri." [HR.BUKHARI DAN MUSLIM]

Anda Sibuk??

Tanpa sedar, 'sibuk' merupakan azab seksa Allah di dunia.. Tak percaya kenapa ada orang kata macam ni:

"aku sibuk arr, xda masa nak solat"
"aku xtahan lapar, nanti gastrik. xleh puasa"
"aku selalu xsempat solat jumaat, sebab kena jaga kedai bos"
"aku kadang-kadang penat, ye lah kan, xkhusyuk solat t"
"duit aku tuk bayar hutanglah, xcukup buat sedekah"(siapa suruh berhutang?)

Syeikh Sya’rawi berkata: “Tiada matlamat kecuali Allah SWT. Justeru, awasilah kamu daripada menipu diri kamu sendiri. Ini kerana akibatnya akan kembali kepada dirinya sendiri.”
"Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu serta mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."

( HR : Tirmidzi )

PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL

Salah satu dari pintu-pintu kebaikan adalah melakukan puasa-puasa sunnah. Sebagaimana yang disabdakan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam: “Maukah aku tunjukkan padamu pintu-pintu kebaikan?; Puasa adalah perisai, …” (Hadits hasan shohih, riwayat Tirmidzi). Puasa dalam hadits ini merupakan perisai bagi seorang muslim baik di dunia maupun di akhirat. Di dunia, puasa adalah perisai dari perbuatan-perbuatan maksiat, sedangkan di akhirat nanti adalah perisai dari api neraka. Dalam sebuah hadits Qudsi disebutkan, “Dan senantiasa hamba-Ku mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya.” (HR. Bukhori: 6502)

-- Puasa Seperti Setahun Penuh

Salah satu puasa yang dianjurkan/disunnahkan setelah berpuasa di bulan Romadhon adalah puasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang sangat istimewa. Dari Abu Ayyub Al Anshori, Rosululloh bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa Romadhon kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh.” (HR. Muslim no. 1164). Dari Tsauban, Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa berpuasa enam hari setelah hari raya Iedul Fitri, maka seperti berpuasa setahun penuh. Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh lipatnya.” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil). Imam Nawawi rohimahulloh mengatakan dalam Syarh Shohih Muslim 8/138, “Dalam hadits ini terdapat dalil yang jelas bagi madzhab Syafi’i, Ahmad, Dawud beserta ulama yang sependapat dengannya yaitu puasa enam hari di bulan Syawal adalah suatu hal yang dianjurkan.”

-- Dilakukan Setelah Iedul Fithri

Puasa Syawal dilakukan setelah Iedul Fithri, tidak boleh dilakukan di hari raya Iedul Fithri. Hal ini berdasarkan larangan Rosululloh Shollallohu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan dari Umar bin Khothob, beliau berkata, “Ini adalah dua hari raya yang Rosululloh melarang berpuasa di hari tersebut: Hari raya Iedul Fithri setelah kalian berpuasa dan hari lainnya tatkala kalian makan daging korban kalian (Iedul Adha).” (Muttafaq ‘alaih)

-- Apakah Harus Berurutan ?

Imam Nawawi rohimahulloh menjawab dalam Syarh Shohih Muslim 8/328: “Afdholnya (lebih utama) adalah berpuasa enam hari berturut-turut langsung setelah Iedul Fithri. Namun jika ada orang yang berpuasa Syawal dengan tidak berturut-turut atau berpuasa di akhir-akhir bulan, maka dia masih mendapatkan keuatamaan puasa Syawal berdasarkan konteks hadits ini”. Inilah pendapat yang benar. Jadi, boleh berpuasa secara berturut-turut atau tidak, baik di awal, di tengah, maupun di akhir bulan Syawal. Sekalipun yang lebih utama adalah bersegera melakukannya berdasarkan dalil-dalil yang berisi tentang anjuran bersegera dalam beramal sholih. Sebagaimana Allah berfirman, “Maka berlomba-lombalah dalam kebaikan.” (Al Maidah: 48). Dan juga dalam hadits tersebut terdapat lafadz ba’da fithri (setelah hari raya Iedul Fithri), yang menunjukkan selang waktu yang tidak lama.

-- Mendahulukan Puasa Qodho’

Apabila seseorang mempunyai tanggungan puasa (qodho’) sedangkan ia ingin berpuasa Syawal juga, manakah yang didahulukan? Pendapat yang benar adalah mendahulukan puasa qodho’. Sebab mendahulukan sesuatu yang wajib daripada sunnah itu lebih melepaskan diri dari beban kewajiban. Ibnu Rojab rohimahulloh berkata dalam Lathiiful Ma’arif, “Barangsiapa yang mempunyai tanggungan puasa Romadhon, hendaklah ia mendahulukan qodho’nya terlebih dahulu karena hal tersebut lebih melepaskan dirinya dari beban kewajiban dan hal itu (qodho’) lebih baik daripada puasa sunnah Syawal”. Pendapat ini juga disetujui oleh Syaikh Muhammad bin Sholih Al Utsaimin dalam Syarh Mumthi’. Pendapat ini sesuai dengan makna eksplisit hadits Abu Ayyub di atas.

#telah dicopy paste sebagai perkongsian.. ;)#

syukur itu satu berkat...



“Hide the good you do, and make known the good done to you.”
[Ali ibn Abi Talib (ra)]

Tiga tanda Allah selamatkan Islam

1 - Dihubungkan-Nya kita dengan orang-orang soleh. Orang-orang soleh ini akan memimpin kita kepada yang makruf dan mencegah kita daripada melakukan perkara yang mungkar.

2 - Dijauhkan-Nya kita dari hidup dan menetap di lokasi yang terdapat padanya pelbagai kemungkaran.

3 - Mungkin juga kita ditaqdirkan berada di lokasi yang dilingkari pelbagai kegiatan maksiat, namun Allah mematikan hati kita untuk cenderung kepadanya. Sebaliknya disuburkan rasa cinta kepada perkara-perkara yang mengundang redha-Nya.

Agar hati kita tetap dalam ketaatan kepada-Nya, maka syukurilah nikmat iman itu dengan memperbanyakan doa seperti berikut:

"Wahai Rabb yang membolak-balikkan hati, kekalkan hatiku dalam ketaatan kepada-Mu."

12 jenis barisan manusia menuju...

‎12 jenis barisan manusia menuju akhirat...
moga2 kita menjadi golongan ke 12

Barisan pertama:

Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :

“Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.

Firman Allah ‘aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka”.
#dicopypaste#
Barisan ke-2:

Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah.

“mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.”

Rasulullah saw bersabda “sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:

Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking.

“mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.

Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:

Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut.

“Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:

Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar.

“Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan .

Mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:

Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:

Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.

Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah “tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka”.

Barisan ke-9:

Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh .
Mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:

Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:

Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.

Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:

Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.

Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan “mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.

Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.

Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T”

Ahad, 5 Februari 2012

Istimewanya Wanita

Buat insan yang bergelar wanita.. Jangan dibangga dengan kecantikan luaran Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat Ilahi..

Jika Aku Jatuh Hati

Selasa, 24 Januari 2012

#97#

BismillahirRahmanirRahim...

Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai." ~Abu Umamah r.a~

Pengajaran hadith:
i) Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam.
ii) Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah memberikan balasan yang sebaik-baiknya.

Sabtu, 21 Januari 2012

kalamullah =)

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَى إِلَى الْإِسْلَامِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah, sedang ia diajak kepada memeluk Islam; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (surah as-saff ayat 7)

Isnin, 2 Januari 2012

" PERKARA YANG PALING SEDIH APABILA TIBANYA TAHUN BARU adalah UMURKU BERTAMBAH tetapi AMALANKU TIDAK BERTAMBAH . "

( Ibnu Mas'ud )