Khamis, 2 Jun 2011

Kerdil Di Bumi Mesir


*_._._::Assalamualaikum...Ana copy drpd iluvislam..Bgi yg blum m'baca, selamat membaca::_._._*

Perancangan untuk ke Mesir dua bulan yang lepas hampir menjadi kenyataan. Girang tidak terkata untuk melihat sendiri bumi Mesir.
Dalam kamar fikiran hanya ada piramid. Mesir dan piramid. Itu antara tujuh bangunan ajaib dunia. Siapa yang tidak mahu pergi? Duit bulanan dikumpul semata-mata untuk melihat piramid. Semata-mata mahu melihat piramid? Sehinggakan mereka terlupa Mesir bukan hanya ada piramid, bukan hanya ada Firaun. Tapi jauh lebih hebat dari itu.
Mesir itu bumi anbiyak. Kisah dan kesan sejarah Nabi Musa a.s ada di Mesir. Kisah Nabi Yusof a.s yang dibuang di perigi juga ada di Mesir. Juga makam Nabi Soleh a.s , Nabi Daniel a.s , Nabi Harun a.s dan cucu baginda Rasulullah s.a.w, Saidina Hussein. Tidak lupa kisah Mariam. Lagi? Makam imam kita Imam Shafiee juga ada di sana. Ah, banyak sungguh sejarah dan ulama terkenal di bumi Mesir kalau mahu disebut. Tetapi itu yang mereka lupakan.
Laila dan kawan-kawan selamat sampai di Mesir. Dijemput oleh seorang ustaz lalu terus dibawa ke rumah penginapan. Rumah penginapan Laila dan dua lagi kawan perempuannya berbeza dan agak jauh dari rumah penginapan kawan lelaki mereka. Laila melangkah masuk ke bangunan penginapan itu. Dia kepenatan.
Tiba-tiba dia disapa. "Assalamualaikum ya ukhti. Baru sampai ke Mesir?" Laila terkejut. Mengantuknya hilang. Dipandang orang yang menyapanya dari atas ke bawah. Bertutup litup dari atas ke bawah. Hanya yang dilihat adalah sepasang mata yang cantik. "Wa'alaikumussalam". Jawab Laila ringkas lalu bergegas naik.
Sekali lagi dia disapa. Orang lain tapi perwatakan yang sama. Cantik bertutup litup dari atas ke bawah. Laila terpesona. Pada masa yang sama dia berasa segan dan malu. Betapa jauh beza dirinya dengan mereka semua. Menyembah ke kiblat yang sama. Berpegang pada kitab yang sama. Tapi mengapa luaran mereka berbeza? Laila menunduk penuh insaf.
Hari pertama perjalanan. Melawat ke makam Imam Shafiee. Seronok mendengar kisah kehebatan Imam Shafiee, tiba-tiba azan berkumandang. Kami diajak bersolat bersama-sama. Laila tertunduk. Sarung kaki tidak dipakai. Pakaian pula kelihatan tidak sesuai untuk solat. Kata ustaz kepada kami, "Sepatutnya pakaian ketika sembahyang adalah sama dengan pakaian di luar solat". Laila menunduk penuh keinsafan. Malu dan insaf dengan diri sendiri.
Hari-hari seterusnya. Pelbagai kisah diceritakan. Banyak sungguh yang dapat dipelajari. Banyak juga yang tidak tahu. Apabila disoal tentang sejarah-sejarah nabi, Laila hanya mampu tersenyum. Menjawab hanya dengan teragak-agak. Cuba mengimbas kembali. Kisah-kisah nabi hanya belajar ketika sekolah rendah. Banyak yang sudah dilupakan. Patutkah? Patutkah dilupakan kisah-kisah nabi kita?
Laila terasa kerdil. Sangat-sangat kerdil. Difikirkan hanya kamera yang perlu dibawa. Rupanya lebih dari itu. Sejarah dan kisah-kisah dalam al-Quran sungguh agung. Itulah sepatutnya bekalan yang dibawa. Melihat sendiri sejarah yang terdapat di dalam al-Quran yang terdampar di bumi Mesir. Alangkah indahnya kalau semua itu sudah terpahat.
Al-Quran adalah untuk dibaca dan difahami serta direnungi.

0 komen:

Catat Ulasan